Izinkan Saya Berzina!
Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabat, muncul seorang pemuda berjumpa Nabi lalu berkata: “Izinkanlah saya untuk berzina.”
Mendengar perkataan yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga dan merasa marah.
Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan melayan dengan baik. Baginda menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu bertanya “Mahukah engkau berzina dengan ibumu?”
Pemuda itu menjawab “Tidak!”.
Lantas Nabi bersabda “Kalau begitu, orang-orang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka.“
Nabi kemudian mengajukan soalan kedua :
“Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri?
atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?”
Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda itu dengan “Tidak!”.
Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia ke atas pemuda itu sambil berdoa
“Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharakanlah dia dari melakukan zina.”
Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.
Isnin, 3 Jun 2013
Aku Ingin Ke Syurga
kau kata nak masuk syurga. jom!
aku terkedu.
lar, jom la ambil wuduk. solat. asar dah masuk ni. antara ciri ciri ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau.
aku tersenyum. mengatur langkah menuju ke bilik air. kedinginan wuduk terasa membasahi muka. alhamdulillah. asar hari ini masih sempat aku jumpa.
kami duduk satu bulatan.
kawanku mengetuai pembacaan mathurat. Bismillahirahmanirahim….sayu suaranya mengalunkan bacaan.
malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang.
sambil memotong sayur, azah bercerita. Rasulullah dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda, baginda memang layan baik habis. kita pun kena contohi baginda Rasulallah.
kata nak masuk syurga. serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa.
Pagi itu sebelum ke kelas masing masing kami bersalaman. Azah memeluk erat bahuku. “jaga diri.ingat pesan Allah. ingat pesan Rasul. umi abah. kata nak masuk syurga. kena jadi anak solehah”. pesannya sambil tersenyum memandangku.
tiba tiba keadaan bertukar menjadi sayu. aku tengok mata azah bergenang.
“kenapa ni? la, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku.
azah tersenyum. dia mula berjalan pergi dan melambai dari jauh.
setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku. erat. dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, azah berkata, “ingat tau, kita masuk syurga sama sama”.
aku tersenyum sambil mengangguk.” insyaAllah, Azah.” kataku.
dan dia meneruskan perjalannya ke kuliah. aku juga.
tengahari itu aku rasa tak sedap hati. sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang.
sebaik saja tiba di rumah, telefon bimbitku berbunyi. lantas aku angkat.
“hello,may i speak to miss adilah”
“yes, adilah speaking.”
“miss adilah, please come to hospital right now. your friend, miss Azah is in critical condition”
dan selepas itu semua yang ku dengar macam angin lalu.
aku tengok Azah begitu tenat. kata jururawat di situ, azah dilanggar sebuah lori semasa dia dalam perjalanan ke kelas. katanya lagi pemandu lori itu mabuk.
Allah. lemah seluruh anggota badanku. demi Azah, aku kuatkan semangat.
aku mengajar azah mengucap dua kalimah syahadah, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya mengikut apa yang aku sebut.
tepat jam 5 petang Azah menghembuskan nafasnya yang terakhir. peluh memercik di dahi Azah.
alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci.
Dan saat itu saya baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari azah pukul 10 : 00 pagi tadi ;
“adilah, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu,jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita”
tekak terasa berpasir. dada sakit menahan sebak. apa pun yang terjadi, saya kena lepaskan dia pergi. janji Allah itu pasti.
Azah. tunggu saya di syurga. saya akan berusaha. untuk ke sana.
.
***Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh adilah azureen (azureenahmed.blogspot.com). Semoga memberi manfaat & inspirasi kepada kita semua. Semoga Allah redha
Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
- Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh 
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali taw. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan kami cara anda pada ruangan komen dibawah.
Bagaimana Membuat Orang Lain Menghormati Kita?
Cuba perhatikan kejadian dibawah:
1. Hanafi mempunyai seorang rakan karib yang selalu meminjam barang – barang kepunyaannya dan tidak pernah mengembalikannya. Hanafi tidak berani meminta kembali barang – barang itu. “Jika saya berterus – terang, dia tentu akan tersinggung, sedangkan dia adalah kawan baik saya.” keluhnya2. Di pejabat Johan mempunyai seorang teman yang pandai memujuk. Dia selalu meminta Johan membuat kerjanya. Johan tidak pernah menolak dan selalu memenuhi pujukan kawannya itu. Walaupun dia sedar kebaikannya telah dipergunakan oleh kawannya untuk kerja sambil lewa di pejabat.Bila ditanyakan kenapakah dia tidak berterus terang, Johan menjawab: “Saatnya belum tiba. Saya tidak berani”
Daripada contoh diatas dapat kita simpulkan bahawa kebanyakkan orang dikalangan kita terpaksa mengorbankan kewibawaan atau haraga dirinya demi kesenangan orang lain. Mereka tidak pandai untuk mengatakan “tidak” dan oleh kerana itu mereka terus menderita dan memendam rasa.
Orang Lain Menghormati Kita?
Tidak semua orang dapat berubah. Jangan memberikan peluang kepada sesiapa pun sebelum orang itu memberikan alasan yang wajar. Jika kita telah memberikan peluang kepada mereka, maka mereka akan berfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah betul. Ini boleh menyebabkan “penyelewengan” yang berlanjutan. Pada tahap ini, kita kita telah dianggap sebagai orang yang lemah dan tidak lagi dihormati.
Mereka tidak menghormati kita.
Jangan meminta maaf ketika meminta sesuatu yang wajar. Contohnya, tiga jam selepas memaksa anaknya mengemas bilik, seorang ibu berkata: “Mak mintak maaf sebab suruh along kemaskan bilik.” Jangan! mereka harus menghormati kita sebagai ibu dan bila kita menyuruh membuat perkara betul,
Jangan pindahkan tanggungjawab kita kepada orang lain. Contohnya: “Tadi bos kata suruh kau perlu…,” atau “Adik, ayah suruh adik ke kedai beli beras..”. Pernyataan seperti ini akan membuatkan kewibawaan kita akan hilang dan sekaligus menjadi seorang pembawa maklumat yang tidak dihargai.
Kita hendaklah berusaha memasukkan unsur – unsur yang mantap dalam berkomunikasi. Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menghormati diri kita:
1. BERTERUS TERANG
Nyatakan perasaan dan harapan kita secara jelas. Orang yang pasif kerapkali beranggapan bahawa orang lain pasti ingin tahu apa yang diharapkannya, walaupun dia tidak memberitahunya. Perkara ini akan menimbulkan banyak masalah sebenarnya.
2. FIKIRKAN SEGALANYA DALAM – DALAM
Berfikir dengan sedalam – dalamnya sebelum bertindak dalam sesuatu masalah. Dengan memikirkan terlebih dahulu segala – galanya secara matang, kita boleh menyelesaikan setiap masalah dengan lebih sempurna dan masuk akal.
3. HADAPI SETIAP PERSOALAN & MASALAH DENGAN SEGERA
Jika kita cuba menghindarinya, kita akan menjadikan setiap masalah bertambah serius, sehingga semakin sukar untuk diselesaikan. Tetapi jika kita berani menghadapinya sejak dari awal lagi, segala masalah akan dapat diatasi
4. KLASIFIKASIKAN MASALAH SECARA CERMAT
Sering kali kita membuat sesuatu masalah itu seolah – olah masalah besar. Menghadapinya secara berlebihan, sehingga terjebak dalam kobaran emosi. Hadapilah setiap masalah dengan teliti, kita akan mampu untuk menguasai diri. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara positif.
5. PISAHKAN KEMARAHAN DENGAN KETEGASAN
Jika ketegasan kita dipenuhi sifat amarah, perkara ini adalah bukan menyelesaikan masalah. Malah boleh menyebabkan tugas atau kewajipan kita akan terbengkalai. Jika kita gagal bersifat tegas dalam keadaan yang tenang, kemungkinan besar reaksi kita adalah terlalu agresif. Dari sudut lain, jika kita marah, maka orang lain akan menunjukkan kecenderungan bersifat defensif (menolak).
Akibatnya, masalah yang ada itu akan menjadi sukar untuk diselesaikan. Oleh itu, kita jangan terjerat oleh perasaan emosional yang berlebihan daripada orang lain terhadap apa yang kita katakan, agar kita tidak mudah untuk naik angin.
Ketegasan dalam ketegangan amat berkesan mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kita.
6. MANFAATKAN KAWASAN KEKUASAAN KITA
Pasukan bola sepak sering menang di gelanggang sendiri. Begitu jugalah dengan ketegasan. Memang sukar untuk menghadapi seorang rakan bila sedang berada di rumah atau pejabatnya. Oleh kerana itu, berusahalah untuk tegas di kawasan kekuasaan kita sekiranya keadaan memungkinkan. Ia memberikan suatu keuntungan yang tidak ketara tetapi mantap.
7. JANGAN BERPURA – PURA MENGGERTAK
Budak kecik sekali pun tahu jika kita hanya berpura – pura menggertaknya. Untuk menegakkan kepercayaan orang terhadap kita, nyatakan hujah – hujah yang masuk akal serta akibat – akibat yang akan terjadi jika semua itu tidak dilakukan. Nyatakan pernyataan kita itu dengan serius dan bersungguh – sungguh. Orang lain akan menghormati kita jika mereka yakin kita serius.
Kita juga akan lebih disukai jika sanggup berkorban, namun dalam hal ini tiada maknanya jika kita dipergunakan.
.
# Hormat dan menghormati adalah penting dalam kehidupan kita. Anda pernah mengalami situasi ini dan ada cara lain untuk ditambah sebagai penyelesaian masalah ini? Mari kongsikan bersama kami pada ruangan komen dibawah
6 Cara Membantu Melegakan Seseorang Yang Ada Masalah
Masalah
Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah. Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter. Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang. Hanya memendam masalah seorang diri.
Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.
Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu. Sesetengah orangkurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri. Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat. Adakalanya kita akan merasa “Down”
Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain. Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.
Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Blog Aku Islam ingin berkongsi serba – sedikit langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.
1. Memberi Perhatian. Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat. Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan. Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.
2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia. Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!
3. Soalan terbuka. Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka. Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”. Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.
4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap seperti gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan. Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”, ”Ya’, “Jadi?”
5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu. Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat. Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA. Juga elakkan menyentuh dibahagian – bahagian yang sensitif. Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.
6. Ajarkan doa ini:
الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ
(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).
# Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu
.
- Ini serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Mungkin anda ada penambahbaikan dan cara yang lebih baik untuk kita kongsikan bersama. Mohon untuk meninggalkan pandangan / perkongsian anda dibahagian komen =)
Disukai Oleh Semua Orang. Perlukah?
“Saya adalah seorang yang tidak memiliki rasa percaya diri, selalu merasa curiga terhadap orang disekeliling saya. Saya ingin menjadi seseorang yang yakin pada diri dan tidak mudah goyah menghadapi badai yang melanda. Saya ingin menjadi seseorang yang pandai bergaul dengan semua orang yang saya jumpa. Saya ingin menjadi seseorang yang disukai oleh semua orang, tiada yang mempersoalkan tentang keperibadian & keburukan saya.”
Ingin Disukai Oleh Semua Orang
Jangan menyeksa diri sendiri dengan menetapkan matlamat yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun. Tiada manusia yang akan disukai oleh semua orang dan tiada orang yang selalu nampak sempurna di mata orang lain. Rasulullah sendiri misalnya bukan semua penduduk Mekah menyukainya (malah menentangnya) walaupun Baginda merupakan manusia yang terbaik.
Sebenarnya, kadang – kadang kita perlu juga untuk merasa kekurangan, kerana ia akan membuat kita selalu beringat dan melatih minda kita untuk membimbing diri kita untuk menjaga kelemahan yang kita miliki. Sedikit demi sedikit, Insyaallah kita akan berjaya membina peribadi yang lebih baik dan positif seiring dengan pengalaman yang kita tempuhi.
Mulakan dengan menjaga penampilan diri, berjalan dengan penuh yakin, tersenyum pada semua orang yang kita temui, menyapa terlebih dahulu dan bertanya khabar mereka dengan penuh kasih sayang.
Jangan terlalu banyak berharap kepada orang lain, kerana setiap orang masing – masing mempunyai kesibukan tersendiri. Oleh itu, jangan berhadap untuk diberi tumpuan oleh orang lain. Jangan jadikan ini sebagai perkara utama kita. Cukuplah jika kita telah mendapat seorang sahabat yang baik terhadap kita.
Satu perkara yang harus kita ingat dan ditanam dalam kepala, sebenarnya tiada orang yang mengawasi kita. Kita tidak dituntut melakukan yang terbaik agar kita mendapat perhatian atau simpati dari orang lain. Be yourself.
Jika kita bercadang ingin membina ikatan kasih sayang dengan manusia – manusia lain, saya ada terbaca satu artikel yang menarik dari BroHamzah of Langit Ilahi, tentang 3 Ungkapan Keramat Pengikat Kasih Sayang. Menurut beliau, hati adalah tempat bertapaknya kasih sayang. Manusia yang memiliki kasih sayang akan merasai kebahagiaan, ketenteraman dan kedamaian. Saya sarankan anda membaca artikel tersebut
Terakhir, biarlah kita sekali sekala kita merasakan sedikit kesusahan dan merasakan sesuatu yang negatif semasa kita sedang dilanda musibah. Kerana memang pada hakikatnya tiada orang yang boleh terlepas dari perkara ini. Kita hanya boleh berserah kepadaNYA. Apa yang penting adalah kita jangan pernah memberikan kesempatan kepada musibah itu untuk bersemadi dalam diri kita.
Terimalah perkara – perkara yang positif dan jangan menuntut diri untuk mencapai perkara – perkara yang diluar kemampuan manusia. Dengan itu kita tidak menjatuhkan diri kita sendiri tanya disedari dan dengan menyayangi diri sendiri, sebenarnya kita telah membantu diri kita meningkat ke tahap yang lebih baik.
Kita tidak seharusnya terlalu mengejar untuk kelihatan “sempurna” dan disukai oleh semua orang, sebab kita hidup bukan untuk orang lain. Adakah anda semua bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini? ~ sila tinggalkan komen ok..






No comments:
Post a Comment